Paradoks duniawi

Sebuah paradoks duniawi (Bahasa Inggeris: temporal paradox) ialah suatu situasi di mana seorang pengembara masa mengakibatkan (melalui tindakannya di masa lampau) pengecualian kemungkinan pengembaraan masa tersebut yang membenarkan kejadian-kejadian yang dilakukan berlaku. Sebuah contoh biasa ialah Paradoks datuk, di mana seorang pengembara masa berpatah balik masa dan membunuh datuknya sebelum ayahnya dilahirkan. Ini merupakan sebuah paradoks kerana, jika ia berlaku, mereka tidak akan dilahirkan, dan seterusnya tidak akan mampu mematah kembali masa untuk membunuh datuknya. Contoh ini merupakan sejenis gelung kebersebaban.